FAQs



Adakah Public Gold/Dinar salah satu perniagaan MLM?
Tidak. Public Fine Gold adalah syarikat yang memperdagangkan emas tulen dalam bentuk jongkong, dinar dan barang kemas. Rujuk ruangan akreditasi dalam blog ini.


Tulen ke emas Public Gold/Dinar?
Ya, produk ini adalah emas tulen. Saya telah menggadai emas ini di Agrobank Batu Pahat.

Berapa ketulenan emas Public Gold Jongkong dan Public Dinar?
Public Gold Jongkong 99.9 dan Public Dinar 916.


Adakah saya mendapat emas fizikal sebenar?
Ya, jika persetujuan dicapai, anda membayar harga emas terkini dan saya akan memberi emas anda.


Adakah pembelian emas ini ada disertakan resit bayaran?
Ya, anda akan mendapat salinan resit rasmi. Simpan resit ini sebagai rujukan untuk jualan semula emas anda nanti.
Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?
Harga emas bukanlah harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.


Bagaimana merujuk harga emas Public Gold/Dinar?
Melalui website, laman blog ini(disebelah kanan blog), dan melalui sms, type public gold/public dinar dan hantar ke 32828.


Apa itu harga we sell, we buy?
We sell bermaksud harga saya jual kepada anda, we buy harga saya beli semula kepada anda.


Kenapa ada perbezaan harga we sell/we buy?
Ini adalah urusniaga perniagaan, setiap yang berniaga pastikan ingin keuntungan dan ada penglibatan kos yang diambil kira. Harga we sell/we buy boleh merujuk melalui pelbagai kaedah yang telah dinyatakan. Spread harga (beza harga we buy/ we sell) Public Gold/ Dinar tidak akan melebihi 6%. Harga saya membeli emas hari ini akan berbeza harga yang saya akan membeli setahun akan datang. Merujuk rekod peningkatan harga emas, kenaikkan harganya melebihi 20% setiap tahun.


Bagaimana pembeli ingin menjana keuntungan?
Harus diingat ini adalah salah satu opsyen simpanan terbaik. Bila kata simpanan, ia haruslah disimpan lama. Recall semula masa berkahwin dulu, tanyalah si isteri, tanyalah emak kita yang selalu membeli emas, pernahkah harga emas turun? Rugikah kita membeli emas? Jawapanya TIDAK!! dan YA hanya jika anda membeli emas tiruan. Cuba ambil masa setahun, dari rekod sebelum ini peningkatan harga emas per gram mencecah lebih 20%. Lebih daripada simpanan wang fiat di ASB yang rata2 dividen 8% sahaja. Ini adalah opsyen terbaik..percayalah.


Adakah salah disisi undang2 urusniaga emas ini?
Tidak, sebelum menceburi perniagaan emas, inilah soalan bermain difikiran. Berikut adalah link Akta Exchange Control dibawah Bank Negara Malaysia.


  Merujuk Akta, tak salah memperdagangkan emas tapi haruslah dalam nilain RM di Malaysia. Berkenaan kerajaan Kelantan melaksanakan dinar Kelantan untuk tujuan urusan jual beli adalah salah jikalau merujuk akta ini. Itu bab lain.


Apa manfaat simpanan dan pelaburan emas?
Emas menunjukkan peningkatan harga lebih 20 peratus setiap tahun. Lebih lama anda simpan lebih berharga nilai emas anda.


Dimana ingin membeli?
Hubungi saya ditalian telefon dan email. Semua tertera didalam blog ini.

Setelah simpan selama tempoh tertentu, kenaikan yang tinggi dan ingin menjual semula...bagaimana?
Hubungi saya untuk menjual semula, waktu itu anda harus merujuk harga we buy.


Simpanan emas berusia 10, 20, 25 tahun? Ingin jual dimana dan siapa, andainya tiada lagi Public Fine Gold ?
Soalan ini jua persoalan saya dahulu kerana saya juga menyimpan emas. Kita harus ingat, emas adalah emas, duduk diceruk dunia mana sekalipun kita 25 tahun akan datang, emas tetap berharga. Kalis inflasi dan tak terikat langsung dengan mana2 matawang dunia. Dan jika kita masih lagi duduk di Malaysia waktu itu, boleh lah jual di kedai pajak gadai, kedai emas tetapi sudah pasti ada tolak susut nilai dan harga emas terpakai. Namun anda masih untung sekiranya konsisten kenaikan harga melebihi 20% setahun selama 25 tahun, kita masih menang dalam nilaian RM kita. Ingat!!! Anda membeli emas, emas itu adalah element yang bernilai.


Apa beza simpanan emas barang kemas dan emas Public Gold/Dinar?
Pembelian barang kemas mengenakan harga upah yang tinggi, dan harga jualan semula adalah murah (tolak harga susut nilai sehingga 30% dari harga semasa) tetapi anda akan mendapat emas untuk pehiasan yang cantik ukirannya, dan tak salah membeli barang kemas untuk tujuan perhiasan dan membayar harga yang mahal untuk hasil seni kerja tukang emas yang bagus. Jika niat kita ingin menyimpan, simpanlah emas PublicGold/Dinar kerana tiada kos workmanship yang tinggi, Harga spread kurang 6%. Bermakana anda akan dapat memaksimumkan simpanan anda

Bayaran zakat bagaimana?

Emas Jongkong / Dinar akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% dari harga semasa nilaian emas. Nisab individu yang perlu mengeluarkan zakat adalah apabila simpanan emasnya seberat 85 gram. Contoh kiraan:
                       85 gram x harga semasa x 2.5%
                       85 gram x      RM 152     x 2.5% = RM 323.00
Emas yang digadai tidak dikira emas yang disimpan kerana ianya tak sempurna milik.


Siapa duta Public Gold?Diana Danielle....
Diana adalah duta kepada produk barang kemas Public Gold: Foto The Star Oleh CHAN TAK

Tentang Aku

My photo
We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done