Friday, April 15, 2011

Kadar Inflasi Semasa


Pernyataan Dasar Monetari
Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. 

Ekonomi global semakin pulih walaupun prestasi pertumbuhan merentas rantau jelas berbeza. Ekonomi maju terus mencatat pertumbuhan yang sederhana. Walaupun pertumbuhan di rantau ini menjadi sederhana sedikit ekoran permintaan luaran yang lebih lemah, namun, aktiviti dalam negeri tetap kukuh. Inflasi global semakin meningkat terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga tenaga dan komoditi. Bagi beberapa negara, keadaan ini serta keadaan permintaan dalam negeri telah menyebabkan pelaksanaan tindakan dasar. Sementara itu, kebanyakan ekonomi sedang pesat membangun, khususnya di Asia, terus terjejas oleh peralihan ketara dalam mudah tunai global yang telah meningkatkan risiko kepada kestabilan makroekonomi dan kewangan. 

Bagi ekonomi dalam negeri, penunjuk terkini menunjukkan penggunaan swasta yang terus meningkat dan aktiviti perbelanjaan perniagaan yang berterusan dalam keadaan pertumbuhan permintaan luaran yang lebih sederhana. Melangkah ke hadapan, pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana pada awal tahun dan seterusnya meningkat sepanjang tahun, kerana didorong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang kukuh. Penggunaan swasta akan terus menjadi pemacu pertumbuhan yang penting dan disokong oleh guna tenaga dan pertumbuhan pendapatan yang mampan. Pelaburan swasta juga diunjurkan lebih kukuh, disokong oleh prospek ekonomi dalam negeri yang lebih baik dan industri pertumbuhan baharu yang terus berkembang. 

Inflasi dalam negeri telah meningkat sebanyak 2.4% pada bulan Januari 2011. Harga dijangka terus meningkat, didorong terutamanya oleh kenaikan ketara dalam harga komoditi dan tenaga global. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda awal bahawa faktor permintaan dalam negeri boleh menyebabkan kemungkinan tekanan harga yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini sejajar dengan peningkatan aktiviti ekonomi yang berterusan. 

Melangkah ke hadapan, pendirian dasar monetari dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi, namun, tahap dasar monetari yang akomodatif mungkin perlu dikaji semula berikutan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan wujudnya risiko kepada inflasi. Ini bagi memastikan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan.



Bank Negara Malaysia

11 Mac 2011

Thursday, April 14, 2011

Public Gold Authorised Dealer


Lonjakan Harga Emas

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Thursday, March 3, 2011

Kenapa Public Gold ???

Emas dan sejarah peradaban manusia, memang sudah lama wujud. Saya ada menulis sejarah emas dalam blog ini bertajuk Emas, Revolusi Sistem Kewangan Antarabangsa dan Riba’. Dan diharap bagi yang telah membaca dapat kesedaran mengapa perlu menyimpan emas.

Adakah anda tahu bagaimanakah untuk melabur dan menyimpan dalam bentuk emas.  Disini saya berkongsi hampir keseluruhan pilihan yang anda ada di Malaysia.

  1. Buku Akaun Emas Maybank dan Public Bank dan Kuwait Finance
  2. Kedai Emas
  3. Syarikat Jualan Emas/Skim Pelaburan Emas
  4. Public Gold
1. Buku akaun emas Maybank,Public Bank @ Kuwait Finance

Ini adalah pelaburan emas yang paling mudah seperti anda menyimpan wang di ASB. Bezanya,anda tidak membeli unit saham amanah tetapi anda membeli emas ini berdasarkan per gram emas yang dijual mengikut harga bank masing2. (Sila rujuk FAQs). Dan harus diingat, pelaburan ini tiada jaminan kerajaan yang kapital pelaburan kita akan sentiasa dilindungi kerana kenaikkan dan penurunan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan harga emas semasa dunia. Pelaburan emas ini juga boleh dicairkan dengan menjual semula emas dalam kiraan gram.


Secara peribadi saya mengesyorkan pelaburan jenis ini sebagai kepelbagaian dalam pelaburan dalam emas. Kerana anda tidak dapat memilki fizikal emas. Penting ke memiliki fizikal emas berbanding nilai dalam bentuk buku? Jawapan ini harus dijawab oleh anda sendiri kerana pengurusan kewangan dan tahap risiko yang berbeza. Jika kita memilki emas fizikal, kita juga boleh mencairkan fizikal emas kita kebentuk tunai menggunakan Ar-Rahnu dengan kadar upah simpan yang MURAH! (Sila rujuk ruangan Ar-Rahnu). Bagi saya itu lebih mudah dari beratur di bank untuk mengeluarkan simpanan Emas dalam buku pelaburan, ini kerana tiada lagi perkhidmatan MEPS atau pengeluaran tunai melalui mesin ATM.


Namun begitu, ianya bukanlah satu kekurangan yang amat teruk, sekiranya kita jenis orang yang boleh membuat simpanan tanpa langsung mengeluarkan tunai semula,MUNGKIN pelaburan jenis ini adalah terbaik untuk anda. Ini kerana setiap simpanan dan pelaburan semuanya berkadar dengan masa. Semakin lama anda simpan Emas semakin tinggi nilainya? Mengapa saya begitu yakin? (Sila baca Emas, Revolusi Sistem Kewangan Antarabangsa dan Riba’).

2. Kedai Emas


Semua orang tahu hendak membeli emas belilah di kedai emas. Namun secara praktikal-nya

sekiranya anda ingin membuat pelaburan dan simpanan dalam bentuk emas janganlah membeli emas di kedai ini. Bukan kerana emas yang tidak tulen. Ianya kerana harga jualan yang tinggi (berserta kos upah) dan belian semula yang rendah (susut nilai sehingga 25% dari nilai emas semasa). Berbaloikah? cubalah tanya dimana2 kedai emas, pasti tak jauh peratus nilai susut emas yang dikira terpakai itu. Kebaikannya, anda memiliki emas fizikal dimana anda boleh mencairkan semula kebentuk tunai sekiranya mengalami kesesakan kewangan.

Cuma saya ingin berkongsi pendapat, sekiranya hendak membeli emas untuk perhiasan yang murah, janganlah membeli di kedai emas yang berjenama dan dibandar besar kerana kebanyakkan kedai emas tersebut berdaftar dengan Harga FGJM. Berbanding belian emas dipekan2 kecil, harga yang ditawarkan per gram lebih murah kerana kebanyakkannya tidak berdaftar dengan persatuan emas Malaysia. Cuma mungkin, hasil kerja tangan diantara dua kedai ini berbeza. Tapi cubalah kekedai pekan dahulu, kalau tiada yang berkenan barulah pergi ke kedai emas berjenama. Emas bukan bergantung pada jenama apa anda beli, nilai emas bergantung kepada ketulenannya.

3. Syarikat Menjual Emas/Skim Pelaburan Emas


Ada juga beberapa syarikat yang menawarkan jualan emas fizikal dan segala bentuk pelaburan emas. Saya tidak boleh menyatakan secara terperinci nama syarikat tersebut. Secara peribadi saya tidak yakin dengan khidmat dan sistem jualannya. Kebanyakkan syarikat ini mengambil kesempatan dengan kesedaran umum tentang pelaburan emas dengan pakej keuntungan yang pantas. Starategi ini memang boleh menarik minat banyak orang. Siasatlah dahulu latar belakang syarikat sebelum membuat keputusan. Pada saya, tiada rezeki datang bergolek, ingin berpendapatan lebih sememangnya berniaga, namun itu semua harus diusahakan. Jika ingin menyimpan emas untuk mendapat keuntungan, maka semestinya ia berkadar dengan masa.
4. Public Gold

Tiba masa untuk saya bercerita tentang Public Gold. Sebagai Authority Dealer, sememangnya saya akan bercerita yang terbaik untuk produk saya. Tapi, cuba teliti dan   buat sedikit perbandingan produk Public Gold dengan pilihan simpanan emas yang lain. Kelebihan emas Public Gold antaranya:-

  • Beza harga jualan dan belian yang rendah (spread) yang kecil. Ini membolehkan kita memaksimumkan nilai simpanan emas fizikal. Spread Public Gold tidak akan lebih dari 6%. 
  • Jualan semula ke Public Gold/Dealer akan diterima walaupun keadaan fizikal emas itu sudah rosak (calar/tergores/kemek) mungkin disebabkan gadaian berulang atau apa2 keadaan yang menyebabkan bentuk fizikal emas itu berubah asalkan berat emas itu tidak berubah.
  • Sistem jualan yang teratur dan sistematik.
  • Syarikat yang kukuh dimana Public Gold mempunyai rangkaian anak syarikat yang terlibat dengan emas. Mempunyai kilang emas sendiri tidak bergantung pada syarikat lain untuk membentuk emas mereka.
  • Harga emas yang murah (fizikal) berbanding dengan kedai emas/syarikat emas lain dan membeli semula emas Public Gold dengan harga yang tinggi!!
Kepada anda yang berminat, boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua rahsia pelaburan emas ini dan mengapa Public Gold. Wassalam

Tuesday, February 1, 2011

Seminar Pelaburan Emas Percuma !!!

Bertempat di : D'Impian Inn Parit Raja Batu Pahat
Pada : 05/02/2011(Sabtu)
Jam : 0830pm~1030pm


Pelan lokasi
Lapangkan masa untuk mendengar dan memahami kepentingan dan kelebihanan memilki emas fizikal. Boleh hubungi saya untuk tempahan tempat duduk.

Monday, January 31, 2011

Seminar Pelaburan Emas

Sudah dua kali terbaca seminar pelaburan emas oleh Azizi Ali dalam The Star. Siapa Azizi Ali? Boley layari untuk mengenali siapa beliau di http://www.millionairesplanet.com.
Beberapa Kandungan Seminar adalah:

  •   History of gold
  •   Users of gold
  •   Uses of gold
  •   The risks involved
  •   Gold production
  •   Advantages and disadvantages of investing in gold
  •   Supply and demand
  •   Factors affecting the price of gold
  •   7 questions you must ask yourself before making ANY investment
  •   The different investment choices available in Malaysia
  •   When you should borrow money to invest
  •   Which product to choose, and why
  •   The step-by-step method of investing in gold
  •   What products to avoid
  •   And much much more.
Kenapa Azizi Ali juga membuat seminar pelaburan Emas ini, sedangkan sebelum ini beliau lebih tertumpu dalam sektor hartanah dan sebagainya...! 

Pastinya pertama adalah kesedaran umum tentang peningkatan nilai simpanan dalam pelaburan emas. Kedua masih ramai sudah sedar namun tidak tahu bagaimana ingin bermula dalam pelaburan Emas. Dan disinilah kupasan demi kupasan Azizi Ali akan ceritakan. Saya ada membeli buku beliau, bertajuk masa untuk Emas.
Dan didalam buku ini beliau ada menyatakan Pelaburan Emas Fizikal di Malaysia adalah dari Public Fine Gold.  

Tuesday, January 11, 2011

Memiliki Emas Sambil Berniaga Emas

Kepada sesiapa yang berminat memilki emas dengan mendapat diskaun 1% sambil berniaga boleh menjadi Normal Dealer Public Fine Gold dengan bermodalkan RM20K.

Pengenalan Public Fine Gold International:
Public Fine adalah Syarikat yang menjual Emas secara on-line. Syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri, ini membolehkan dealer/pembeli menjual semula Emas dengan mudah sekiranya Emas yang hendak dijual semula rosak akibat gadaian yang berulang atau terjatuh yang memungkinkan perubahanan bentuk fizikal emas itu asalkan berat tidak berubah. Tidak seperti memiliki fizikal Emas dari produk yang lain apabila ingin menjual semula, sekiranya seal plastik dibuka dan tercalar kebiasaannya mereka akan menolak susut nilai sehingga 20%.

Berikut adalah pecahan anak syarikat Public Fine Gold:-
Lokasi Pejabat Seluruh Malaysia:
Pejabat Utama.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
12E-1st Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul,
Penang, Malaysia.
Ms. Janelle Mobile: 012-528 2916
Email: liching@publicgold.com.my
Tel: 04-644 9999
Fax: 04-646 4916

Bishop Branch.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Tel: 04-261 9999
Fax: 04-261 2916

Cawangan Kuala Lumpur.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916
Cawangan Perak.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Tel: 05-242 8999
Fax: 05-242 8916
Cawangan Kelantan.
Public Fine Gold International Sdn Bhd

Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-746 2999
Fax: 09-747 8916 














Cawangan Johor Bahru.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor
Cawangan Sungai Petani.
Public Fine Gold International Sdn Bhd
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,
Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-4232999
Fax: 04-4228916



Kelebihan Menjadi Normal Dealer:
  1. Jika anda ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli product Public Gold (Pelbagai Produk) bernilai 20K (dalam satu resit) mengikut harga semasa.
  2. Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan sambil berniaga.
  3. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan (spread) sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
  4. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call. Selepas buat tempahan dan bayaran telah dijelaskan, emas boleh diambil dalam masa 2 minggu di cawangan yang terdekat.
  5. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
  6. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.0 % untuk jualan dan 0.5% untuk belian semula.
  7. komisen akan dibayar oleh Public Gold kepada Dealer pada 20hb setiap bulan(Sekiranya ada belian pada bulan sebelumnya) ke akaun Maybank atau Public Bank seperti yang anda tulis di borang pendaftaran. Jika 20hb jatuh pada hari Sabtu atau Ahad komisen akan dimasukkan pada 21hb atau 22hb. Selepas 3 hari, Dealer akan menerima bayaran komisen tersebut.
  8. Penyata Komisen Bulanan akan diterima dalam-masa 15 hari bekerja selepas komisen dimasukkan ke dalam akaun Dealer.
Berminat, hubungi saya dan muat turun borang dibawah:-

Monday, January 3, 2011

Penindasan Kewangan Tanpa Sedar

Dalam ekonomi sekarang, bolehkah kita mengumpul sejumlah wang dan membayar tunai sekiranya ingin memilki rumah sendiri? Jika kita adalah orang kebanyakkan yang mendapat gaji bulanan, bunyinya semacam mustahil untuk menyediakan wang tunai untuk memiliki rumah. Bagaimana caranya pada zaman ini untuk memiliki rumah? Ada dua, kita menyimpan wang atau meminjam wang? Namun bagaimana sekalipun caranya, sedarlah bahawa kita ditindas dengan lebihan bebanan dari apa sepatutnya kita dapat dan usahakan. Bagaimana pula keadaan tersebut berlaku..?

Keadaan pertama, kita meminjam wang dari bank dan kita bersetuju bahawa pihak bank mengenakan interest terhadap pinjaman kita tadi. Nilai rumah single storey semi-D berharga RM250K akan menjadi RM 450K dalam masa 25 tahun tempoh pinjaman disebabkan interest. Dan kita terpaksa bersetuju dengan syarat itu, jika tidak sampai bila kita tak berumah. Secara tak langsung kita menghalalkan riba' dalam keterpaksaan. Sudah semacam itulah normal kehidupan.

Keadaan kedua, disebabkan kesedaran riba' itu tadi, kita tidak mahu meminjam wang bank dan berusaha menyimpan wang kertas kita selama 25 tahun. Dan apabila tiba genap 25 tahun, tiada lagi rumah single storey semi-D yang berharga 250K, mungkin 25 tahun akan datang nilainya setara rumah flat sahaja.

Perasaan atau tidak, keadaan ini tidak adil, bilamana yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin, itulah bahaya riba'.Jangan samakan hutang dengan kekayaan, rumah yang kita miliki sekarang, kereta dan sebagainya sekiranya hutang maka kita bukanlah orang yang kaya. Kita menjadi hamba yang terpaksa bekerja sepanjang hayat hanya untuk membayar hutang, atau kita diisytihar muflis dan segala pegangan kita yang kononnya harta, akan dilelong oleh bank sekiranya gagal melangsaikan hutang. Apa risiko bank kalau begitu..? Itukah perniagaan yang dihalalkan oleh Islam. Ada yang tak kena dengan sistem ekonomi dunia sekarang. Sedarlah.....

Oh ya...terlupa pula sistem perbankkan islam yang pastinya tiada unsur penindasan. Betulke? Ikuti ceramah ustaz Sheikh Imran Hossein berkenaan riba' pintu belakang bank islam ini yang menghalalkan riba' dalam akad mudarabah kononnya.
Rasullah pernah bersabda bahawa dajjal datang bersama riba' : ianya amat sukar dikenali bagai semut hitam diatas batu hitam pada waktu malam yang gelap. Bagaimana untuk mengenali usaha2 dajjal ini hanyalah dengan cahaya keimanan, Nur dari Allah:  Ikuti ceramah ustaz Sheikh Imran Hossein yang berikut:
Apa yang boleh kita lakukan sekiranya sesungguhnya dunia ini penuh dengan riba'? Jawapannya TIADA apa yang kita boleh lakukan jika kita hanya seorang rakyat biasa, ada sedikit kekecewaan mungkin dihati kita bila mana penindasan ini terus berlaku tanpa kita boleh berbuat apa-apa.

Cuma ada satu sahaja yang dapat kurangkan penindasan ini iaitu wang sunnah... simpan lah emas dan perak kerana nilai wang sebenar ada didalam logam berharga itu.
Emas dan zaman ketamadunan manusia memang cukup rapat namun sekarang ianya menjadi komoditi,sepatutnya emas dan perak la yang menjadi matawang kerana nilai berada didalamnya. Semoga penyampaian fardhu kifayah ini dapat diterima oleh anda semua dan semoga anda faham perjuangan apa yang cuba saya sampaikan.
Wassalam.

Tentang Aku

My photo
We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done