STATISTIK
Ini adalah statistik dan rekod yang sahih tentang harga naik dan turun emas dari tahun 1975 hingga 2010.Dan memang benar sejak 2002 harga kenaikkan emas agak mendadak hingga sekarang. Namun jikalau benar emas adalah logam bernilai, namun mengapa dari tahun 1975 hingga 2002 harga emas tidak konsisten melonjak naik malahan nilainya dalam USD hampir tidak berganjak? Sejarah perjalanannya terlalu jauh dan mari kita mengimbau sejarah itu..
Ini adalah statistik dan rekod yang sahih tentang harga naik dan turun emas dari tahun 1975 hingga 2010.Dan memang benar sejak 2002 harga kenaikkan emas agak mendadak hingga sekarang. Namun jikalau benar emas adalah logam bernilai, namun mengapa dari tahun 1975 hingga 2002 harga emas tidak konsisten melonjak naik malahan nilainya dalam USD hampir tidak berganjak? Sejarah perjalanannya terlalu jauh dan mari kita mengimbau sejarah itu..
Dahulu emas digunakan sebagai matawang dunia. Bermula dari zaman kuno Athens, Empayar Rom, dan dinegara Arab (penggunaan dinar), semua urusniaga diperdagangkan dalam nilaian emas. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar (emas) dan Dirham (perak). Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang.
WANG KERTAS SETARA NILAI EMAS
Zaman berlalu, Empayar Inggeris meluaskan penaklukan dunia, mereka memperkenalkan penggunaan wang kertas pertama pada 1690, Bank Pusat England mengeluarkan wang kertas yang disebut paun dimana ia mewakili emas dan perak ketika itu kerana mereka berpendapat syiling emas dan perak terlalu berat untuk diperlakukan dalam urusan jual beli. Bermulalah revolusi penggunaan wang kertas dalam melakukan urusniaga sedangkan emas dan perak waktu itu kekal tersimpan di bank pusat England tanpa berlegar sebagai medium urusan jual beli. Namun, pada waktu ini sudah ada cetakan wang kertas berlebihan yang tidak setara dengan emas pada masa itu.

Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar. Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank. Perlu diketahui juga, perjanjiannya pada waktu itu bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka.
Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.
PELEPASAN NILAI EMAS DALAM USD
Pada tahun 1971, Presiden Amerika Richard M. Nixon membatalkan perjanjian ikatan wang kertas dan emas dengan alasan jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Duit kertas sekarang digelar FIAT Money, ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak.Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya!!!
USD dinaiktaraf sebagai perantara perdagangan yang berharga walaupun sebenarnya ianya hanyalah sekeping kertas yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan agar tidak ada pihak lain selain dari kerajaan yang mengeluarkannya.
Dan disinilah fakta yang merujuk mengapa graf diatas emas jatuh nilainya. (4 Tahun selepas pelepasan ikatan wang dengan nilai emas). Disebabkan oleh perubahan nilai itu, emas yang sepatutnya adalah besi berharga, hilang nilainya!! Digantikan pula dengan USD!!! Seluruh harta kekayaan dunia bersandarkan kepada USD. Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini? Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Banyak manipulasi kewangan boleh berlaku jika duit kertas tiada pegangan nilainya.
Pada 2002, kenaikkan harga emas adalah tinggi berdasarkan graf, mengapa ini berlaku? Masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system.
Jika tiba-tiba semua pemimpin dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. Nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia.Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating’ mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.
Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku.
Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku.
DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA BERSAMA RIBA’.
Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.
Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza? Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli.
Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat.
Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interest, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara. Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.
Berikut adalah video Sheikh Imran Hossein tentang Sistem Kewangan Dunia dan Riba’
Sila lihat seluruh video yang diupload oleh shafandy di youtube. Semoga sama2 kita mendapat Nur dari Nya apabila menonton penerangan ini.
KESIMPULAN
Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri ANDA. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia.
Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi.
Rujukan Penulisan:
Azizi Ali-Masa Untuk Emas
YouTube:Sheikh Imran Hossein