Tuesday, December 14, 2010

Salam Perkenalan

Blog ini ditulis dengan niat untuk berkongsi pengetahuan saya didalam pelaburan dan penyimpanan emas.  Bercerita tentang niat saya suka memetik satu penulisan dalam blog Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang berbicara tentang niat. Saya selalu membaca artikel beliau didalam blognya. Saya petik ayat dalam blog beliau:-

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz. Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. 

Justeru itu, merujuk kepada niat itu tadi, tujuan blog ini adalah platform saya untuk;-

  • berkongsi ilmu tentang simpanan dan pelaburan emas secara khususnya.
  • memberi info kepada pembaca satu lagi opsyen pelaburan simpanan yang InsyaAllah menguntungkan untuk keselesaan hidup yang mendatang. 
  • berkongsi cerita isu semasa tentang emas. 
  • mendapat sedikit keuntungan didalam menjual dan membeli semula emas tanpa mendeskriminasi mana2 pihak.
Moga dengan niat ini ada balasan daripadaNya.
Wassalam

Tentang Aku

My photo
We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done