Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan lari dari menghadapi risiko. Melintas ke seberang jalan contohnya ada banyak risiko yang mungkin. Persoalannya adakah kita telah menilai kebarangkalian apa yang mungkin berlaku dan apakah tindakan yang perlu untuk mempersiapkan diri dengan langkah kawalan agar kita dapat melintas ke seberang dengan selamat.
Atau kita batalkan sahaja niat untuk ke seberang kerana pada penaksiran risiko kita waktu itu keadaan terlalu bahaya..? Dan berdirilah kita di situ kerana tak mahu mengambil risiko.
Pelaburan.
Apabila kita ada niat untuk melabur, pasti ada dalam hati kita ingin pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. Apabila kita ingin melabur pasti kita merujuk pada risiko dahulu dan penaksiran risiko antara kita berbeza2 mengikut kemampuan dan pengalaman masing2. Sekalipun ada pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat, pasti akan ada risiko yang tinggi.
Antara kita semua pasti ada perbezaan dari latar belakang sosial, kemampuan pendapatan, taraf pendidikan dan pendapat. Itulah lumrah kitaran kehidupan. Tapi saya yakin semua orang pasti setuju menyimpan adalah satu langkah yang baik untuk masa hadapan yang kita tak tahu apa akhirnya untuk kita....dan disitulah langkah pertama kita dalam pengurusan risiko iaitu simpanan.