Tuesday, December 28, 2010

USD Seperti Tisu Tandas - Dr Mahathir


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997 / 98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. “Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara - negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya. “Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Emas, Revolusi Sistem Kewangan Antarabangsa dan Riba’

STATISTIK 
Ini adalah statistik dan rekod yang sahih tentang harga naik dan turun emas dari tahun 1975 hingga 2010.Dan memang benar sejak 2002 harga kenaikkan emas agak mendadak hingga sekarang. Namun jikalau benar emas adalah logam bernilai, namun mengapa dari tahun 1975 hingga 2002 harga emas tidak konsisten melonjak naik malahan nilainya dalam USD hampir tidak berganjak? Sejarah perjalanannya terlalu jauh  dan mari kita mengimbau sejarah itu..
SEJARAH EMAS
Dahulu emas digunakan sebagai  matawang dunia. Bermula dari zaman kuno Athens, Empayar Rom, dan dinegara Arab (penggunaan dinar), semua urusniaga diperdagangkan dalam nilaian emas. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar (emas) dan Dirham (perak). Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang.
WANG KERTAS SETARA NILAI EMAS
Zaman berlalu, Empayar Inggeris meluaskan penaklukan dunia, mereka memperkenalkan penggunaan wang kertas pertama pada 1690, Bank Pusat England mengeluarkan wang kertas yang disebut paun dimana ia mewakili emas dan perak ketika itu kerana mereka berpendapat syiling emas dan perak terlalu berat untuk diperlakukan dalam urusan jual beli. Bermulalah revolusi penggunaan wang kertas dalam melakukan urusniaga sedangkan emas dan perak waktu itu kekal tersimpan di bank pusat England tanpa berlegar sebagai medium urusan jual beli. Namun, pada waktu ini sudah ada cetakan wang kertas berlebihan yang tidak setara dengan emas pada masa itu.

Masa terus berlalu, kemudian Amerika menjadi kuasa besar dunia, Perang Dunia 1 dan 2 berlaku dan sistem ekonomi semakin tidak teratur. Satu perbincangan berkenaan matawang dipersidangkan di Bretton Woods, Ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar.

Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar. Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas.  Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank. Perlu diketahui juga, perjanjiannya pada waktu itu bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. 

Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.
PELEPASAN NILAI EMAS DALAM USD
Pada tahun 1971, Presiden Amerika Richard M. Nixon membatalkan perjanjian ikatan wang kertas dan emas dengan alasan jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Duit kertas sekarang digelar FIAT Money, ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak.Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya!!!
USD dinaiktaraf sebagai perantara perdagangan yang berharga walaupun sebenarnya ianya hanyalah sekeping kertas yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan agar tidak ada pihak lain selain dari kerajaan yang mengeluarkannya. 


Dan disinilah fakta yang merujuk mengapa graf diatas emas jatuh nilainya. (4 Tahun selepas pelepasan ikatan wang dengan nilai emas). Disebabkan oleh perubahan nilai itu, emas yang sepatutnya adalah besi berharga, hilang nilainya!! Digantikan pula dengan USD!!! Seluruh harta kekayaan dunia bersandarkan kepada USD. Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini? Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Banyak manipulasi kewangan boleh berlaku jika duit kertas tiada pegangan nilainya.

Pada 2002, kenaikkan harga emas adalah tinggi berdasarkan graf, mengapa ini berlaku? Masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. 
Jika tiba-tiba semua pemimpin dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. Nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia.Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating’ mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.

Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. 

Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. 

DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA BERSAMA RIBA’.
Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza? Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. 

Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan.  Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. 

Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interest, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara. Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di  matawang kertas kita dan USD hari ini.

Berikut adalah video Sheikh Imran Hossein tentang Sistem Kewangan Dunia dan Riba’

Sila lihat seluruh video yang diupload oleh shafandy di youtube. Semoga sama2 kita mendapat Nur dari Nya apabila menonton penerangan ini.

KESIMPULAN
Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri ANDA. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia.

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi.

Rujukan Penulisan:
Azizi Ali-Masa Untuk Emas
YouTube:Sheikh Imran Hossein

Tuesday, December 21, 2010

Beberapa Keratan Akhbar

Saranan Dato Salleh Majid


Emas, Simpanan dan Pelaburan
Emas dijangka naik
Dr Mahathir galak rakyat simpan emas
Keratan Akhbar berkenaan  Public Fine Gold

Laman Sesawang Pilihan

Berikut adalah beberapa website yang bagus berkenaan emas.






Berikut adalah buku yang bagus berkenaan perihal emas.

Thursday, December 16, 2010

Pengurusan Risiko dalam Pelaburan & Simpanan

Pengurusan Risiko
Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan lari dari menghadapi risiko. Melintas ke seberang jalan contohnya ada banyak risiko yang mungkin. Persoalannya adakah kita telah menilai kebarangkalian apa yang mungkin berlaku dan apakah tindakan yang perlu untuk mempersiapkan diri dengan langkah kawalan agar kita dapat melintas ke seberang dengan selamat.
Atau kita batalkan sahaja niat untuk ke seberang kerana pada penaksiran risiko kita waktu itu keadaan terlalu bahaya..? Dan berdirilah kita di situ kerana tak mahu mengambil risiko.
Pelaburan.
Apabila kita ada niat untuk melabur, pasti ada dalam hati kita ingin pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. Apabila kita ingin melabur pasti kita merujuk pada risiko dahulu dan penaksiran risiko antara kita berbeza2 mengikut kemampuan dan pengalaman masing2. Sekalipun ada pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat, pasti akan ada risiko yang tinggi.
Simpanan
Antara kita semua pasti ada perbezaan dari latar belakang sosial, kemampuan pendapatan, taraf pendidikan dan pendapat. Itulah lumrah kitaran kehidupan. Tapi saya yakin semua orang pasti setuju menyimpan adalah satu langkah yang baik untuk masa hadapan yang kita tak tahu apa akhirnya untuk kita....dan disitulah langkah pertama kita dalam pengurusan risiko iaitu simpanan.

Pada yang setuju dengan niat simpanan, pasti akan lebih suka sekiranya simpanan mereka akan bertukar menjadi pelaburan yang menguntungkan dengan skala risiko yang kecil. Apakah opsyen yang kita ada...simpanan emas fizikal lah jawapannya.

Tuesday, December 14, 2010

Salam Perkenalan

Blog ini ditulis dengan niat untuk berkongsi pengetahuan saya didalam pelaburan dan penyimpanan emas.  Bercerita tentang niat saya suka memetik satu penulisan dalam blog Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang berbicara tentang niat. Saya selalu membaca artikel beliau didalam blognya. Saya petik ayat dalam blog beliau:-

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz. Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. 

Justeru itu, merujuk kepada niat itu tadi, tujuan blog ini adalah platform saya untuk;-

  • berkongsi ilmu tentang simpanan dan pelaburan emas secara khususnya.
  • memberi info kepada pembaca satu lagi opsyen pelaburan simpanan yang InsyaAllah menguntungkan untuk keselesaan hidup yang mendatang. 
  • berkongsi cerita isu semasa tentang emas. 
  • mendapat sedikit keuntungan didalam menjual dan membeli semula emas tanpa mendeskriminasi mana2 pihak.
Moga dengan niat ini ada balasan daripadaNya.
Wassalam

Tentang Aku

My photo
We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done