Thursday, March 3, 2011

Kenapa Public Gold ???

Emas dan sejarah peradaban manusia, memang sudah lama wujud. Saya ada menulis sejarah emas dalam blog ini bertajuk Emas, Revolusi Sistem Kewangan Antarabangsa dan Riba’. Dan diharap bagi yang telah membaca dapat kesedaran mengapa perlu menyimpan emas.

Adakah anda tahu bagaimanakah untuk melabur dan menyimpan dalam bentuk emas.  Disini saya berkongsi hampir keseluruhan pilihan yang anda ada di Malaysia.

  1. Buku Akaun Emas Maybank dan Public Bank dan Kuwait Finance
  2. Kedai Emas
  3. Syarikat Jualan Emas/Skim Pelaburan Emas
  4. Public Gold
1. Buku akaun emas Maybank,Public Bank @ Kuwait Finance

Ini adalah pelaburan emas yang paling mudah seperti anda menyimpan wang di ASB. Bezanya,anda tidak membeli unit saham amanah tetapi anda membeli emas ini berdasarkan per gram emas yang dijual mengikut harga bank masing2. (Sila rujuk FAQs). Dan harus diingat, pelaburan ini tiada jaminan kerajaan yang kapital pelaburan kita akan sentiasa dilindungi kerana kenaikkan dan penurunan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan harga emas semasa dunia. Pelaburan emas ini juga boleh dicairkan dengan menjual semula emas dalam kiraan gram.


Secara peribadi saya mengesyorkan pelaburan jenis ini sebagai kepelbagaian dalam pelaburan dalam emas. Kerana anda tidak dapat memilki fizikal emas. Penting ke memiliki fizikal emas berbanding nilai dalam bentuk buku? Jawapan ini harus dijawab oleh anda sendiri kerana pengurusan kewangan dan tahap risiko yang berbeza. Jika kita memilki emas fizikal, kita juga boleh mencairkan fizikal emas kita kebentuk tunai menggunakan Ar-Rahnu dengan kadar upah simpan yang MURAH! (Sila rujuk ruangan Ar-Rahnu). Bagi saya itu lebih mudah dari beratur di bank untuk mengeluarkan simpanan Emas dalam buku pelaburan, ini kerana tiada lagi perkhidmatan MEPS atau pengeluaran tunai melalui mesin ATM.


Namun begitu, ianya bukanlah satu kekurangan yang amat teruk, sekiranya kita jenis orang yang boleh membuat simpanan tanpa langsung mengeluarkan tunai semula,MUNGKIN pelaburan jenis ini adalah terbaik untuk anda. Ini kerana setiap simpanan dan pelaburan semuanya berkadar dengan masa. Semakin lama anda simpan Emas semakin tinggi nilainya? Mengapa saya begitu yakin? (Sila baca Emas, Revolusi Sistem Kewangan Antarabangsa dan Riba’).

2. Kedai Emas


Semua orang tahu hendak membeli emas belilah di kedai emas. Namun secara praktikal-nya

sekiranya anda ingin membuat pelaburan dan simpanan dalam bentuk emas janganlah membeli emas di kedai ini. Bukan kerana emas yang tidak tulen. Ianya kerana harga jualan yang tinggi (berserta kos upah) dan belian semula yang rendah (susut nilai sehingga 25% dari nilai emas semasa). Berbaloikah? cubalah tanya dimana2 kedai emas, pasti tak jauh peratus nilai susut emas yang dikira terpakai itu. Kebaikannya, anda memiliki emas fizikal dimana anda boleh mencairkan semula kebentuk tunai sekiranya mengalami kesesakan kewangan.

Cuma saya ingin berkongsi pendapat, sekiranya hendak membeli emas untuk perhiasan yang murah, janganlah membeli di kedai emas yang berjenama dan dibandar besar kerana kebanyakkan kedai emas tersebut berdaftar dengan Harga FGJM. Berbanding belian emas dipekan2 kecil, harga yang ditawarkan per gram lebih murah kerana kebanyakkannya tidak berdaftar dengan persatuan emas Malaysia. Cuma mungkin, hasil kerja tangan diantara dua kedai ini berbeza. Tapi cubalah kekedai pekan dahulu, kalau tiada yang berkenan barulah pergi ke kedai emas berjenama. Emas bukan bergantung pada jenama apa anda beli, nilai emas bergantung kepada ketulenannya.

3. Syarikat Menjual Emas/Skim Pelaburan Emas


Ada juga beberapa syarikat yang menawarkan jualan emas fizikal dan segala bentuk pelaburan emas. Saya tidak boleh menyatakan secara terperinci nama syarikat tersebut. Secara peribadi saya tidak yakin dengan khidmat dan sistem jualannya. Kebanyakkan syarikat ini mengambil kesempatan dengan kesedaran umum tentang pelaburan emas dengan pakej keuntungan yang pantas. Starategi ini memang boleh menarik minat banyak orang. Siasatlah dahulu latar belakang syarikat sebelum membuat keputusan. Pada saya, tiada rezeki datang bergolek, ingin berpendapatan lebih sememangnya berniaga, namun itu semua harus diusahakan. Jika ingin menyimpan emas untuk mendapat keuntungan, maka semestinya ia berkadar dengan masa.
4. Public Gold

Tiba masa untuk saya bercerita tentang Public Gold. Sebagai Authority Dealer, sememangnya saya akan bercerita yang terbaik untuk produk saya. Tapi, cuba teliti dan   buat sedikit perbandingan produk Public Gold dengan pilihan simpanan emas yang lain. Kelebihan emas Public Gold antaranya:-

  • Beza harga jualan dan belian yang rendah (spread) yang kecil. Ini membolehkan kita memaksimumkan nilai simpanan emas fizikal. Spread Public Gold tidak akan lebih dari 6%. 
  • Jualan semula ke Public Gold/Dealer akan diterima walaupun keadaan fizikal emas itu sudah rosak (calar/tergores/kemek) mungkin disebabkan gadaian berulang atau apa2 keadaan yang menyebabkan bentuk fizikal emas itu berubah asalkan berat emas itu tidak berubah.
  • Sistem jualan yang teratur dan sistematik.
  • Syarikat yang kukuh dimana Public Gold mempunyai rangkaian anak syarikat yang terlibat dengan emas. Mempunyai kilang emas sendiri tidak bergantung pada syarikat lain untuk membentuk emas mereka.
  • Harga emas yang murah (fizikal) berbanding dengan kedai emas/syarikat emas lain dan membeli semula emas Public Gold dengan harga yang tinggi!!
Kepada anda yang berminat, boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua rahsia pelaburan emas ini dan mengapa Public Gold. Wassalam

Tentang Aku

My photo
We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done