
Keadaan pertama, kita meminjam wang dari bank dan kita bersetuju bahawa pihak bank mengenakan interest terhadap pinjaman kita tadi. Nilai rumah single storey semi-D berharga RM250K akan menjadi RM 450K dalam masa 25 tahun tempoh pinjaman disebabkan interest. Dan kita terpaksa bersetuju dengan syarat itu, jika tidak sampai bila kita tak berumah. Secara tak langsung kita menghalalkan riba' dalam keterpaksaan. Sudah semacam itulah normal kehidupan.
Keadaan kedua, disebabkan kesedaran riba' itu tadi, kita tidak mahu meminjam wang bank dan berusaha menyimpan wang kertas kita selama 25 tahun. Dan apabila tiba genap 25 tahun, tiada lagi rumah single storey semi-D yang berharga 250K, mungkin 25 tahun akan datang nilainya setara rumah flat sahaja.
Perasaan atau tidak, keadaan ini tidak adil, bilamana yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin, itulah bahaya riba'.Jangan samakan hutang dengan kekayaan, rumah yang kita miliki sekarang, kereta dan sebagainya sekiranya hutang maka kita bukanlah orang yang kaya. Kita menjadi hamba yang terpaksa bekerja sepanjang hayat hanya untuk membayar hutang, atau kita diisytihar muflis dan segala pegangan kita yang kononnya harta, akan dilelong oleh bank sekiranya gagal melangsaikan hutang. Apa risiko bank kalau begitu..? Itukah perniagaan yang dihalalkan oleh Islam. Ada yang tak kena dengan sistem ekonomi dunia sekarang. Sedarlah.....
Oh ya...terlupa pula sistem perbankkan islam yang pastinya tiada unsur penindasan. Betulke? Ikuti ceramah ustaz Sheikh Imran Hossein berkenaan riba' pintu belakang bank islam ini yang menghalalkan riba' dalam akad mudarabah kononnya.
Rasullah pernah bersabda bahawa dajjal datang bersama riba' : ianya amat sukar dikenali bagai semut hitam diatas batu hitam pada waktu malam yang gelap. Bagaimana untuk mengenali usaha2 dajjal ini hanyalah dengan cahaya keimanan, Nur dari Allah: Ikuti ceramah ustaz Sheikh Imran Hossein yang berikut:
Apa yang boleh kita lakukan sekiranya sesungguhnya dunia ini penuh dengan riba'? Jawapannya TIADA apa yang kita boleh lakukan jika kita hanya seorang rakyat biasa, ada sedikit kekecewaan mungkin dihati kita bila mana penindasan ini terus berlaku tanpa kita boleh berbuat apa-apa.
Cuma ada satu sahaja yang dapat kurangkan penindasan ini iaitu wang sunnah... simpan lah emas dan perak kerana nilai wang sebenar ada didalam logam berharga itu.
Emas dan zaman ketamadunan manusia memang cukup rapat namun sekarang ianya menjadi komoditi,sepatutnya emas dan perak la yang menjadi matawang kerana nilai berada didalamnya. Semoga penyampaian fardhu kifayah ini dapat diterima oleh anda semua dan semoga anda faham perjuangan apa yang cuba saya sampaikan.
Wassalam.